ketika exam Allah pujuk dengan janji-janjinya dalam surah At-Talaq
masa pergi camping, mengharapkan tarbiah Allah,
Allah belai dan ketuk suruh buka pancaindera lihat kebesaran dia
dari juzuk 17-21
masa cuti, concentrate gerak kerja DnT lokaliti,
diasak rasa berat, tak mampu, rasa kelu,
Allah support dengan surah az-Zumar, surah Fussilat...
Yang antaranya,
"Dan siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang
yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata,
'sungguh aku termasuk orang yang berserah diri'?"
41:33
Allahu Allah.
Summer.
Benar-benar satu ujian daripada Allah.
Isya' yang lewat malam,
Dan subuh yang awal pagi..
Nangis bila salah satunya berterabur.
Bila guna option lain,
bertahan tak tidur sampai subuh,
Lepas subuh tidur saat matahari naik
dan seluruh kehidupan bumi bermula
Bangun terkebil-kebil dan lost momentum
Allah. Dilema sangat.
Malam tadi.
Astaghfirullah
Honestly lah isya' macam rushing sikit
sebab nak tidur awal, takut tak mampu bangun awal
Lepas isya', dirikan madrasah malam kejap
masih dengan mindset kena tidur awal
last-last rasa,
kenapa tak hadir perasaan dengan Allah ni?
Too humbled. Ampunkan aku ya Allah
Yang masih bertindak mengikut neraca aku dan bukan Engkau.
Sampai akhirnya berkata
kenapa nak rush? bukankah Allah pemilik dan pencipta tidur tu?
Astaghfirullah. Aku mahu Engkau ya Allah.
Maka tidur malam itu lebih kurang jam dua belas setengah.
Tanpa alarm, aku niat nak bangun tiga setengah
Dan tiba-tiba memang terbangun sendiri
Tapi rasa berat sangat kepala
Dan niat nak bangun pukul empat
Dan memang terbangun sendiri pukul empat tepat
Bila benar-benar meletakkan Allah pemilik tidur tu,
memang Allah lah yang menjadi pemiliknya.
Ya ghafur.
Allahumma ballighna ramadhan.
Sampaikanlah dengan 'sampai' yang sebenar, menurut neracaMu,
No comments:
Post a Comment