Sunday, March 1, 2015

Hati, jangan gusar.

Pernah ada masa-masa, kalah pada hati yang khilaf

Rasa rimas bila ada orang yang asyik nak menempel kat kita
Boleh, tapi jangan agresif sangat boleh?
And biar natural?

Hingga pernah aku ubah saf solat bila dia yang di sebelah.

Dan the first verse right after the prayer is
"Dia bermasam muka dan berpaling" [Abasa:1]

Khilaf.
Dan masih belajar.
Walau Allah dah sound direct.
Aku masih dalam mujahadah ini.


x x x x


Pernah ada masa-masa, bila berurusan dengan ajnabi.

Aku buat gaya biasa aku cakap,
Ye, gaya biasa?

Aku rasa, jadi diri sendiri je lah.
Kenapa pula bila dengan lelaki nak lain terus?

Dan sepulang ke rumah
Allah berkata,

"Wahai isteri-isteri nabi,
Kamu tidak sama seperti wanita2 lain,
jika kamu bertaqwa..."
tears
 
"..Maka janganlah kamu melunakkan suara
dalam berkata2, hingga menimbulkan keinginan
orang yang dalam hatinya ada penyakit,
dan katakanlah perkataan yang baik" 
[Al-Ahzab: 32]


x x x x


Pernah ada masa-masa, rasa mas'uliyah itu, is not meant for me.

Berat sangat ni.
Aku tak layak pegang.

Jaga. Tarbiah. Summer (?) 

Dan...

"Dan tidaklah patut bagi orang2 yang beriman,
lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya
menetapkan keputusan mengenai sesuatu,
dia mempunyai hak untuk memilih ketetapan sendiri
mengenai urusan mereka.."
[Al-Ahzab: 36]

Thursday, February 12, 2015

Fragile

Kaki melangkah

hati bercampur rasa.


Allah

Layakkah aku diampun?






* * *


Bunyi phone siapa pula ni. Macam kuat. Macam perlahan.

Tengok ipad.

Eh~! umi call!




"umi"

"ye"

"I hate myself"


"kenapa pula?"

"I hate myself"




"ha? siapa hate myself?"
Terdengar suara abi yang rupanya dari tadi ada di sisi umi.

Cepat aku gelak.

Aku tak biasa cerita cerita hati dekat abi. Nak tukar topic.




"why do you hate yourself?

you are the best creation of God"

Kolam air mata pecah.
Laju.

Tangan aku cover lensa ipad.



"kenapa tutup tutup pula tu? abi nanti kita pergi UK la eh? jom abi"

Aku dengar umi melantunkan kalam Allah

Ya ayyuhalladzina amanusbiru wa Rabitu

Surah al-Insyirah

Ayat kursi

Surah At-Talaq




Allah.



Sungguh. Moral aku tengah down sangat.

Kalau bukan sebab aku ada Allah,
memang dah meroyan agaknya.


Sakit.








beberapa minit berselang.




senyum

"saya okay je umi :)"





"hurm. abi tengah buat apa?"


lensa dipusing 180 darjah.


"tu abi"

kelihatan abi sedang duduk membelakangi lensa


"abi tengah buat apa?"

abi menoleh. senyum. tunjuk handphone.


"ni. tengah buat sudoku"





"haaaa???!!?!?! seriously abi?"



her daughter was crying and he played sudoku :'')))

Now that really is the Nas Tamimi I used to know -,-"




"ye la tunggu anak abi nangis lama sangat, abi main la sudoku dulu"

*jawapan legend*















Monday, February 2, 2015

Bhagva Hai Kaha Re Tu

Letak kepala di lantai.

Menghadap siling.

"Eh eh" ukhti Melati di sebelah menjeling.


"Saje" dibalas sengih kerang busuk.



Selang beberapa minit.

"Tolong check"

Cahaya yang tadi berbaring, kini duduk.
Meminta Melati memeriksa hafazannya.
Antara wajibat (kewajipan) sepanjang konferens riang.

Selesai diperiksa.



Melati masih merenung Ayat 9 hingga 11 surah Al-Ahzab itu.
Kemudian memandang wajah Cahaya pula.
Silih berganti.

"Ooo kena baring eh. Gradient, baru ayat tu turun ke bawah"

Melati pula berbaring di karpet masjid.

"Itu rupanya rahsianya"



Cahaya pecah perut.

* * *



"Dah tengok cerita PK?"

"Dah"

"Bhagva Hai Kaha Re Tu"
Melati mengalunkan mengikut rentak
Antara soundtrack filem itu.

"God where are you?"
Cahaya meneka maksud baris lirik Hindustan itu

Cepat Melati mengangguk.

"Macamana akak boleh tangkap lagu tu? Saya tak tangkap langsung"

"Aku memang macam tu. Lagu Hindustan sekali tangkap je, aku dah boleh hafal dah"

"Ye ke?"
Kagum.

"Haah. Tapi dia berulang-ulang lah kan."

"Ooo. Dahsyatnya"

"Tu lah masalah aku. Lagu hindustan cepat je lekat. Ayat qur'an ni tak hafal2 pulak"



Cahaya pecah perut lagi.

* * *



Aku kagum usahamu ukhti.

Entah bagaimana pula kekaguman Allah terhadapmu.


Thursday, January 29, 2015

Dinihari

Kala dinihari

Terlihat sesusuk tubuh

Jijik
Kotor
Busuk

Teramat sering lupa
Bahawa diri kotor
Bagaimanakah bisa?

Teramat sering merasa suci
Mulia
Tinggi




Jijik

Mual


Dengan si angkuh,


Diri sendiri.

Tuesday, January 13, 2015

That special one.

That one
I will regret to not chase after
my whole life

That one
I would force myself to love

Allah.





That time of the month
Which every woman alive experiences
That emotion-swing

That feeling of
crying
blaming
or remaining shut the whole day

Only He pampers
He must notice those days
Where tears are greater than usual

The place to menggedik, bermanja

Only in His arm.

Monday, October 13, 2014

Cemburu


Qiyam jama'ie bermula

Seorang demi seorang ukhti bangkit dari Qiyam fardi masing2,
menuju ke hadapan ruang solat, untuk berjamaah.

Suri nyata belum sudah.

masih dalam sujudnya.



beberapa ketika, kala dahinya masih di lantai
tiba2 ada tangan yang memegang bahunya
menolaknya sedikit

dia, di hadapan Tuhannya
walau pelik, apa ukhti ni mahu hentikan solatnya pula

Dia, ignore.
Atau erti lainnya, tak tahu bagaimana mahu bereaksi.
Bukankah sedang solat?


Kemudian datang ukhti lainnya.

masih cuba menolak bahunya.
Kemudian seorang lagi menggosok belakangnya

"Jantung dia tak bergerak"

suara cemas masing-masing.

Sekilas seperti selfish juga ia.
Suri selamba batak dalam sujudnya
Masih tidak menghiraukan alam sekelilingnya.

Dia cuma sedang berada dalam satu alam yang lain tika itu.

Keadaan berlarutan.
Suaranya kedengaran sedikit,

yang akhirnya buat akhawat lain menyedari,
bahawa Suri 'masih hidup'.

Dan mereka meninggalkannya.


****


"Ohh akak ke orang tu???"

"Ya Allah, saya risau sangat, dengar semua panik, tanya siapa yang ambik medik, ada sister tak gerak"





****


Tiba-tiba dia pun cemburu.

Kalau ada orang yang memang benar nyawanya diambil

di kala tengah sujud di penghujung malam
di tengah daurah
di tengah penat beramal masih tak hilang.


Nyata Allah belum mengambil nyawanya,
kerana pastinya, amalnya masih banyak yang lompong,
iman masih merana,
dosa masih menimbun,

hutang piutang,
hak manusiawi,
masih banyak yang belum selesai.
Astaghfirullah.




Dan satu sisi lain,
merasa manisnya,
dengan concern ukhti lainnya.

tak boleh diam sekejap,
sudah cemas semuanya :)



Thursday, September 11, 2014

#jerit



Untuk du'at, berkurang beberapa helai tilawah pun,
dah satu kerosakan, dah satu keruntuhan,
meremukkan.


hati bercampur yang amat menghitung detik kembali ke uk.
tapi kita kan nak kembali berjuang!

rasa akan berjauhan dari umi abi dan keluarga

rasa tak sabar nak bekerja di medan

dalam masa yang sama,

rasa down, down, down.

mas'uliyah berat di bahu

sangat gerun, akan menzalimi.
sangat rasa berat, sangat takut, sangat rasa dhaif.

astaghfirullah......

"La nukallifu nafsan illa wus'aha"

Allahu Allah.




angan-angan pengecut
kadang buat rasa nak pergi satu tempat yang hati tak pernah rasa nak futur.
tubuh tak merasa nak bermaksiat
jiwa tak kenal penat.

angan-angan escapisme.




bercampur. semuanya.


tahu. diri sendiri masih belum settle untuk pergi jumpa Allah.


satu detik untuk ingatkan diri
bahwa aku sangat rendah di sisi Allah
sangat hina dan jijik.
sangat worthless.



Nak
Nak
Nak

pecut laju jumpa Allah, tanpa berpaling-paling lagi.





cerita bm
satu sisi, mahu cepat, mahu tenang bebas dari fitnah
satu sisi, tak nak fikir langsung, nak fikir pasal sheffield semata,
satu sisi, rasa inferior, belum layak menanggung amanah
satu sisi, rasa down, takut apa coraknya zuriat, mampukah dibentuk

ya Allah, bantu aku merungkai semua ini,
tunjuk aku jalan keluar