Monday, September 12, 2016

Hari-hari terakhir. #tb


Iftar terakhir di bumi Sheffield,
Diluangkan di rumah Kak Yanti,
Usrahmate yang beranak dua.

Ah pasti kurindu anak-anak itu.

"Do you go to school today?"
"Yes"
"Who do you meet at school?"
Bilang dengan jari. One "Adam"
"Ohh. you love him so much?"
"Yes"
Two."Sandsh"
"Sandsh?"
Geleng-geleng "Sandsh"
"Oo, Sandsh"
Geleng-geleng-geleng "Sandsh!"
"Friends?"
Angguk.
Ketawa.
Three. "Teacher"

Haha.

Before balik.
"Hubbb" Sambil depa tangan
*Huggs*



Sebelum balik, salam kak yanti, peluk.
"Jaga diri, take care sana, semoga thabat, lalala"
Bagai angin lalu ia melepasi telingaku.

"Jazakillahukhayr akak..." Air mata berderai.
Satu persatu momen bersama terimbas.
Aku ingat saat-saat aku merasa sakit di jalan dakwah ini,
Sakit yang menyelinap ke lelap bangunku, makan minumku, sendiri atau di tengah keramaian,
dan ukhti yang ini membalas lembut,
"Jangan mengalah"
Laju air mata menderu.

Saat berkongsi duka.
berpeluk, kerana melalui mehnah ini sendiri,
nyata tak berupaya

Saat pertama kita bersua, tak pernah kenal,
tapi mesra dan panjang bicara,
kerana medan dan visi kita sama.

Saat masaku penuh,
lalu kau tangkas mencukupiku
terhadap mas'uliyat yang ada,

"Jazakillahukhayr akak.."
Suara mula berubah

"Dengar masalah saya.."

"Bagi kata-kata semangat.."

"Tolong bantu jaga EMSY"

Dua-dua teresak.



No comments:

Post a Comment