Monday, October 13, 2014
Cemburu
Qiyam jama'ie bermula
Seorang demi seorang ukhti bangkit dari Qiyam fardi masing2,
menuju ke hadapan ruang solat, untuk berjamaah.
Suri nyata belum sudah.
masih dalam sujudnya.
beberapa ketika, kala dahinya masih di lantai
tiba2 ada tangan yang memegang bahunya
menolaknya sedikit
dia, di hadapan Tuhannya
walau pelik, apa ukhti ni mahu hentikan solatnya pula
Dia, ignore.
Atau erti lainnya, tak tahu bagaimana mahu bereaksi.
Bukankah sedang solat?
Kemudian datang ukhti lainnya.
masih cuba menolak bahunya.
Kemudian seorang lagi menggosok belakangnya
"Jantung dia tak bergerak"
suara cemas masing-masing.
Sekilas seperti selfish juga ia.
Suri selamba batak dalam sujudnya
Masih tidak menghiraukan alam sekelilingnya.
Dia cuma sedang berada dalam satu alam yang lain tika itu.
Keadaan berlarutan.
Suaranya kedengaran sedikit,
yang akhirnya buat akhawat lain menyedari,
bahawa Suri 'masih hidup'.
Dan mereka meninggalkannya.
****
"Ohh akak ke orang tu???"
"Ya Allah, saya risau sangat, dengar semua panik, tanya siapa yang ambik medik, ada sister tak gerak"
****
Tiba-tiba dia pun cemburu.
Kalau ada orang yang memang benar nyawanya diambil
di kala tengah sujud di penghujung malam
di tengah daurah
di tengah penat beramal masih tak hilang.
Nyata Allah belum mengambil nyawanya,
kerana pastinya, amalnya masih banyak yang lompong,
iman masih merana,
dosa masih menimbun,
hutang piutang,
hak manusiawi,
masih banyak yang belum selesai.
Astaghfirullah.
Dan satu sisi lain,
merasa manisnya,
dengan concern ukhti lainnya.
tak boleh diam sekejap,
sudah cemas semuanya :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment