Saat aku membaca kalam mu wahai Tuhanku
"Maka barang siapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya,
maka hendaklah dia mengerjakan amal kebajikan...
...dan janganlah dia mempersekutukan dengan suatu apa pun
dalam beribadah kepada Tuhannya"
Ya Rabb.
Aku terjeda
Aku merasa berat yang amat wahai Rabbku
Boleh jadi kerana tidak mampu
kerana terlalu banyak aku persekutukan Engkau
dalam kehidupanku
Telah aku duakan Engkau
Dengan tidurku, waktu rehatku, ruang privasi, masa lapang,
Aku duakan Engkau
Dengan fikiran dan expectation manusia,
dengan harta yang aku tahan-tahan.
dengan nafsuku sendiri.
Ya Rabb,
Begitu sukar aku meletakkan Engkau nombor satu,
Di atas segala-galanya
Sedang aku mahu hidup untuk Engkau.
Kala aku membaca perkataan para Pemuda Kahfi
"Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi,
Kami tidak menyeru sesuatu sebagai ilah selain Dia,
kalau kami berbuat demikian,
Tentulah kami telah mengucapkan sesuatu yang jauh daripada kebenaran"
Aku terjeda
Terhina
Oleh jiwa yang masih belum merdeka
Terjajah oleh dunia.
No comments:
Post a Comment