Monday, August 31, 2015

#itscomplicated

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila ada ukhti yang wajahnya sentiasa ada di wasa'il tarbiyah, yang mobile, yang responsif, yang komited. Tak semestinya ia tak melalui ujian yang kamu lalui.

Sama sekali tak bermakna transportnya sentiasa ada di kala program-program memerlukan kehadirannya. Tak bermakna mak ayahnya faham sentiasa dan tak pernah menghalangnya ke program-program. Tak bermakna anak-anak usrahnya tiada event penting yang perlu dia ziarahi. Tak bermakna dia tak punya rakan-rakan yang juga perlu disantuni. Juga tak bermakna family events nya tak pernah clash dengan tarikh-tarikh program.

Ya ghafur.

. . . . . .



Sepulang dari rumah setelah tiga hari di daurah, aku lihat bilik tidurku yang dikongsi dengan dua orang adik. Baju-baju di atas katil. Bakul tersadai di depan almari. Rambut, habuk di lantai.

Dan kemudian, umi kata,

"Perempuan ni, kena perhati sikit kiri kanan. Awak tak tengok ke lantai bilik tu? Biar je.
Tak boleh asyik-asyik nak keluar je"

Ya rabbi. Mungkin saja ini titik lemahku ya Rabb.

Aku seal bibir daripada berbicara.

Walau, ya rabbi. Ya Sami'. Ya 'Alim.
Bukankah aku ni baru pulang?
Bukankah ada orang lain yang dah lama menghadap lantai tu.

. . . . . . .



Tarikh majlis itu. 3 hari sebelum penerbangan kaklah ke kuala lumpur.

Umi pujuk tak boleh ke kita buat seminggu kemudian.
Kesian kaklah takde di tarikh itu nanti. Dan balong.
Aku geleng perlahan.

Ampun umi abi.
Ada daurah yang telah di-set tarikhnya 2 bulan sebelum.
Dan aku tak boleh miss yang itu, dah takde orang lain dah yang boleh urus.

Walau majlis berlangsung aman.

Tapi jangka panjang.
Persepsi mereka terhadap aku sudah tidak sama.

. . . . . . .



Sometimes it tears my heart apart.

Bila aku perlu minta izin untuk keluar,
reaksi abi berbunyi

"Ha? keluar lagi? pergi mana pulak kali ni anak abi ni"

. . . . . . .



Astaghfirullah,

Jujur, setelah melalui kondisi-kondisi itu
Hati sering mempersoal.

Kenapa orang lain boleh meringan-ringankan kehadirannya ke daurah. Menjadikannya sekadar optional.

Ampunkan aku ya Allah.
Kalau persoalan-persoalan ini cuma timbul
Hanya kerana penyakit riya' bongkak dan merasa cuma engkau seorang yang berkorban
Kalau persoalan-persoalan ini cuma timbul
Hanya kerana Allah izinkan engkau hadir, hingga ketidakhadiran yang lain terlampau significant di matamu
Padahal kalau engkau tak dikuatkan Dia untuk hadir, absence yang lain tak beri bekas pun pada engkau.




Astaghfirullah

Melihat semula prestasi summer, usah cakap tentang adik2..
Tapi tarbiyah kakak-kakak sangat membimbangkan.

Kalau kehadiran 7/60 tu macamana ye kita nak conclude?

Apakah selama ni bilangan penggerak di UK sekadar angka?

Yang meledakkan perasaan aku bukan nombor2 itu.
Tapi realiti bahawa,

Inikah kondisi dakwah & tarbiyah ini sekarang???!!!

Kalau begini.
Apakah kekalahan dakwah kita sudah pasti?

Nastaghfirullahalazim.





. . . . . .

Astaghfirullah.

Banyak yang harus diperbaiki
Self-resolution:
- perlu lebih kencang menyantuni urusan rumah
- selagi possible, ikut je umi ke mana-mana



Astaghfirullah

Banyak yang harus disyukuri
Dia masih menganugerahkan jalan ini pada kita





No comments:

Post a Comment