Saturday, May 30, 2015

Of Maryam and Ummu Ahmad

Di kebanyakan masa,
Kita sendiri tak mengenali hati kita

Tak mengenali cara mengawalnya, menjaganya
Bahkan, cara merawatnya...



#pascafirstpaper mungkin
Aku, rasa lost. Hope.. 

Esoknya second paper.

Bangun dan tilawah selepas subuh.
Dah target nak stop after page kelima.

And the last verse on the fifth page
"Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu,
Niscaya ia akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu"
[Maryam: 25]

Ilham Allah kepada maryam.
Saat sakit melahirkan sudah tiba.

Allah yang telah menjadikan sebuah anugerah di dalam rahimnya
Manusia, tanpa bapa.
Lantas, apa sukarnya Allah hendak memberi setakat kurma kepada Maryam?
Allah lebih dari bisa, bahkan kalau hendak menurunkan sedulang makanan untuk Maryam.

Tapi firmanNya,
"...Goyangkanlah pangkal pohon kurma itu.."

Maryam yang sedang sakit melahirkan,
Apa kudrat yang ia punya?
Tapi Allah suruh jua ia 'berbuat'
Nanti biar Allah sendiri yang mengarunia rezeki.

Kalau bicara soal tawakkal,
Tak mampu nak tandingi tawakkal Maryam,
Sang terpilih melahirkan seorang nabi.
Tapi tawakkalnya, dengan ikhtiyar.

Buat saja,
Let Allah handle the rest!

Ya Rahman.


"wa huzzi ilaiki bijiz'innakhlah"
Saat itu, menjadi penghibur di setiap kesempitan
Dan gusar.



Sebelum bertolak ke dewan exam,
Solat dua rakaat dan nangis macam bayi
Engkau je pemilik hati ini
Tak tahu macamana nak rawat

Sebelum ke dewan exam,
Stay di masjid 2-minutes-away dulu,
Sebab perlu menanti zuhur yang hanya 25 minit sebelum exam

Duduk, di ruang perempuan.
Pandang kiri kanan
Semua iklan, pesanan,
Dalam bahasa Arab.

Bukan semuanya aku paham immediately.
Sekilas aku pesan pada diri,
It's worth learning this language seriously.

Beberapa minit, ada makcik masuk dan duduk di atas kerusi.
Aku menoleh
"Is this the area for women?" Tak selalu ke sini, kurang pasti.
Makcik tu jawab dalam bahasa Arab and looks struggling to speak in English.
Aku pun cakap je dengan dia guna broken Arabic.

"Min Ain?"
"Suriyah"

Terus aku bangun dan peluk beliau.
Allah, rupanya begini Engkau merawat hatiku.
Have been a few days, aku merindui mereka.
Akhawat Suriya.

Borak daripada masuk waktu pukul berapa,
Khutbah pukul berapa, ke
Belajar apa, di mana
Tinggal dengan siapa

"Housemates semua cakap arab ke?"
"Tak, sebab tu lah saya tak practise. Jadi saya kurang fasih"
Tersalahkan housemate pulak.
"Takpe, datanglah ziarah saya, boleh cakap Arab dengan saya"
Allah.



"Moga Allah beri kejayaan kepada kamu"
"Aku sangat bersyukur dan bergembira bertemu kamu"
"Moga kita bertemu lagi nanti, di Jannah kelak. Kita semua"
"Moga Allah kurniakan kamu sebaik2 amal"
Ummu Ahmad.



"Dia (Ibrahim) berkata, "Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan memohonkan ampunan bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku"
[Maryam: 47]


Monday, April 13, 2015

BIG Syukr



Di banyak sela waktu. Kawan berjalan pusing tanah kerajaan bersatu, tapi aku harus senyum dan tetap di bumi sheffield, sedar saku kempis bahkan terjerut. Di hujung2 minggu, aku sudah buang angan2 hobi pergi city, jalan sana-sini, sedar bukan prioriti, awal hingga akhir sem weekend fully booked untuk program lokaliti, jika bukan kawasan mahupun nasional. Ke notts, birm, dah entah berapa kali walaupun tak pernah pusing pun bandarnya, sampai, program, habis, terus ke stesen; masa yang ada cukup2. Jujur aku tak mahu berkira dengan Allah. Aku buang jauh2 rasa terpaksa, rasa jeles, tak mahu toleh, tak mahu bagi ruang ia dalam hati aku. Tak mahu sesal, aku sendiri yang pilih jalan sebegini.

Kira2 dua bulan yang lalu, abi tiba2 post gambar bording pass ke london for a week. 3-10 april. Dalam teragak2, lapor pada murabbi, sebab clash dengan a 3 days daurah. Dan jawab beliau, "santuni parents tu" Allahu rabbi. Within that one week, Allah izinkan jalan ke manchester pusing stadium, bradford, naik peak district, makan lobster eh. Sungguh aku tak terfikir pun akan ada peluang ini. Rasa macam retreat, jangan berkira dengan Allah, Allah tahu bagaimana hendak beri dengan cara Dia sendiri T_T

Mula2 kengkonon dah pakat ngan kaklah, kita tanggung sume2 abi umi kat sini. Duit kat bank pun dah asing. Tapi sekali. Nak bayar barang sendiri pun abi jeling huhuu. Entah ke mana tah pakatan tu. Hadza min fadhlika ya rabb. 

Travel. Banyak mengajar kita, sangat. Aku jujurnya excited abi umi nak datang, sampai the night before xdapat tidor, pergi kemas store lah vacuum lah. ni lawak sikit konon2 dah besar takdela eksaited cam budak kecik rupanya hmph. Naik bas, dah nak sampai, jalan jem so sampai sejam lewat, dr coach station ke tube station jauh, dah sampai tetiba kena beratur panjang sbb oyster card hilang, dgn panasnya, tgk jam, abi umi dah nak sampai, nak inform, phone hilang. Dah naik train, piccadily line ada signal failure lah pulak, slow down, delay. Dah sampai heathrow, terambik tube pergi terminal lain. Patah balik. Tube ke terminal 4 takde pulak, risau ni um abi tunggu tapi helpless sbb phone xde. Allahu rabbi. Sangat menguji! Last2 jumpa umi ada sisa2 stres dalam jiwa, excited dah hilang dah. Peluk umi keluar air mata sebab stres *hormon ke apa* T_T Allah tak nak aku excited sangat mungkin, berpada2. Besarnya tarbiah daripada sebuah musafir!

Aku sangat lemah skill merancang perjalanan, banyak kali menyusahkan orang :( untuk trip ni, ingatkan makcik pakcik ni suka scenery, tempat2 ceruk kampung, but it seems the opposite with abi --" cari sana sini outlet, makan tempat yang student marhaen macam aku terhijab dari jejak --", padang golf. Jujurnya, waktu ni, sume yang dibeli abi umi nak bayarkan, apa2 je, yang crucial atau merepek. Memang kalau nak beli merepek tu boleh sangat. Tapi bukankah Allah telah mentarbiyah kamu? Dengan tangannya sendiri? Fasa2 tersepit dulu, bukankah Dia sedang mendidik hakikat harta yang Dia pinjamkan? Berharga sangat tarbiah yg satu tu. Dan tadabbur each day sepanjang minggu tu balik2 tentang orang yang tak meyakini mereka akan menemui Allah, harta dan kesenangan, betapa haqnya akhirat *sobs* sendiri pikir la T_T




Menyantuni umi dan abi, in the road to begging for His mercy. Melihat wajah mereka, i found serenity, terlihat harapan dan cita2.. Allah, make me better each day. Di malaysian hall pulak, terjumpa cikgu alamin, ya Allahhh, makinla rindu bumi alamin - gurunya, didikannya, susah dan senangnya - everything. Peluk cikgu serap aspirasi guru2 T_T this is a true retreat, all praises to Allah.


Saturday, March 7, 2015

The heart beats 'rabb'

Yang sebenarnya pergi swim

as an escapisme


Half of the time spent,

Terfikir, mestila suka swim,

kan sunnah?


And surprisingly, the remaining laps in the pool were much more enjoyable, rasa lagi mudah control pernafasan, control movement pun lebih relax, speed pun lagi laju.

Yang sebenarnya, ia lebih seronok bila kita re-compass our heart towards its actual direction kan. Hati kita ni sebenarnya rindu Allah, nak Allah, cling sendiri towards Allah. fitrah nya.

Bila kita hantarkan ke arah yang sebenar. Bukan itukah sebabnya, degupannya tenang, setiap sendi yang dikerah lebih kuat dan nafas yang dihirup pun membahagiakan. Indahnya, Allah.



Hingga 3 min terakhir,
semua dah keluar,
tinggal aku sorang,
lifeguards dah bangun dari kerusi2.

Aku sibuk nak tambah lap lagi.

Setakat ni, dengan hujung minggu yang susah nak lekat di sheffield,
memang berkesempatan swim sekali je persem (?)

Mana mungkin aku bazir 3 min yang bersisa
Hanya kerana segan tinggal sorang (?)



Jujur, tiap kali Allah izin swim

Tiap kali itulah, sebenarnya aku sedang depressed.

Bila aku cuba cari hati dalam solusi2 common aku

Bila aku buat itu, ini.

Dan result masih sama.



Dan bila tiap sendi yang aku gerakkan
Dalam solat pun

Bisikkan aku nak Allah
dengan energi yang dikerahkan.
Mencari di mana dosa
Kalau hari yang dimulai qiyam
Pun masih aku mampu down.
Aku tak tahu lagi, Allah..
Bagaimana lagi
Engkau je solusi yang aku ada.

Di tengah muhasabah kelam

Allah izinkan hati terawat di kolam renang?



Bila jiwa terubat, beban terangkat

Saat berjalan pulang, seorang.

Dan rasa.



Ya Allah, Engkau masih nampak aku?


The heart, finding its missing piece.



Kalau dari kolam renang pun, dapat 'jumpa' Allah,
kenapa tidak.


Allah, rindu.



Sunday, March 1, 2015

Hati, jangan gusar.

Pernah ada masa-masa, kalah pada hati yang khilaf

Rasa rimas bila ada orang yang asyik nak menempel kat kita
Boleh, tapi jangan agresif sangat boleh?
And biar natural?

Hingga pernah aku ubah saf solat bila dia yang di sebelah.

Dan the first verse right after the prayer is
"Dia bermasam muka dan berpaling" [Abasa:1]

Khilaf.
Dan masih belajar.
Walau Allah dah sound direct.
Aku masih dalam mujahadah ini.


x x x x


Pernah ada masa-masa, bila berurusan dengan ajnabi.

Aku buat gaya biasa aku cakap,
Ye, gaya biasa?

Aku rasa, jadi diri sendiri je lah.
Kenapa pula bila dengan lelaki nak lain terus?

Dan sepulang ke rumah
Allah berkata,

"Wahai isteri-isteri nabi,
Kamu tidak sama seperti wanita2 lain,
jika kamu bertaqwa..."
tears
 
"..Maka janganlah kamu melunakkan suara
dalam berkata2, hingga menimbulkan keinginan
orang yang dalam hatinya ada penyakit,
dan katakanlah perkataan yang baik" 
[Al-Ahzab: 32]


x x x x


Pernah ada masa-masa, rasa mas'uliyah itu, is not meant for me.

Berat sangat ni.
Aku tak layak pegang.

Jaga. Tarbiah. Summer (?) 

Dan...

"Dan tidaklah patut bagi orang2 yang beriman,
lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya
menetapkan keputusan mengenai sesuatu,
dia mempunyai hak untuk memilih ketetapan sendiri
mengenai urusan mereka.."
[Al-Ahzab: 36]

Thursday, February 12, 2015

Fragile

Kaki melangkah

hati bercampur rasa.


Allah

Layakkah aku diampun?






* * *


Bunyi phone siapa pula ni. Macam kuat. Macam perlahan.

Tengok ipad.

Eh~! umi call!




"umi"

"ye"

"I hate myself"


"kenapa pula?"

"I hate myself"




"ha? siapa hate myself?"
Terdengar suara abi yang rupanya dari tadi ada di sisi umi.

Cepat aku gelak.

Aku tak biasa cerita cerita hati dekat abi. Nak tukar topic.




"why do you hate yourself?

you are the best creation of God"

Kolam air mata pecah.
Laju.

Tangan aku cover lensa ipad.



"kenapa tutup tutup pula tu? abi nanti kita pergi UK la eh? jom abi"

Aku dengar umi melantunkan kalam Allah

Ya ayyuhalladzina amanusbiru wa Rabitu

Surah al-Insyirah

Ayat kursi

Surah At-Talaq




Allah.



Sungguh. Moral aku tengah down sangat.

Kalau bukan sebab aku ada Allah,
memang dah meroyan agaknya.


Sakit.








beberapa minit berselang.




senyum

"saya okay je umi :)"





"hurm. abi tengah buat apa?"


lensa dipusing 180 darjah.


"tu abi"

kelihatan abi sedang duduk membelakangi lensa


"abi tengah buat apa?"

abi menoleh. senyum. tunjuk handphone.


"ni. tengah buat sudoku"





"haaaa???!!?!?! seriously abi?"



her daughter was crying and he played sudoku :'')))

Now that really is the Nas Tamimi I used to know -,-"




"ye la tunggu anak abi nangis lama sangat, abi main la sudoku dulu"

*jawapan legend*















Monday, February 2, 2015

Bhagva Hai Kaha Re Tu

Letak kepala di lantai.

Menghadap siling.

"Eh eh" ukhti Melati di sebelah menjeling.


"Saje" dibalas sengih kerang busuk.



Selang beberapa minit.

"Tolong check"

Cahaya yang tadi berbaring, kini duduk.
Meminta Melati memeriksa hafazannya.
Antara wajibat (kewajipan) sepanjang konferens riang.

Selesai diperiksa.



Melati masih merenung Ayat 9 hingga 11 surah Al-Ahzab itu.
Kemudian memandang wajah Cahaya pula.
Silih berganti.

"Ooo kena baring eh. Gradient, baru ayat tu turun ke bawah"

Melati pula berbaring di karpet masjid.

"Itu rupanya rahsianya"



Cahaya pecah perut.

* * *



"Dah tengok cerita PK?"

"Dah"

"Bhagva Hai Kaha Re Tu"
Melati mengalunkan mengikut rentak
Antara soundtrack filem itu.

"God where are you?"
Cahaya meneka maksud baris lirik Hindustan itu

Cepat Melati mengangguk.

"Macamana akak boleh tangkap lagu tu? Saya tak tangkap langsung"

"Aku memang macam tu. Lagu Hindustan sekali tangkap je, aku dah boleh hafal dah"

"Ye ke?"
Kagum.

"Haah. Tapi dia berulang-ulang lah kan."

"Ooo. Dahsyatnya"

"Tu lah masalah aku. Lagu hindustan cepat je lekat. Ayat qur'an ni tak hafal2 pulak"



Cahaya pecah perut lagi.

* * *



Aku kagum usahamu ukhti.

Entah bagaimana pula kekaguman Allah terhadapmu.


Thursday, January 29, 2015

Dinihari

Kala dinihari

Terlihat sesusuk tubuh

Jijik
Kotor
Busuk

Teramat sering lupa
Bahawa diri kotor
Bagaimanakah bisa?

Teramat sering merasa suci
Mulia
Tinggi




Jijik

Mual


Dengan si angkuh,


Diri sendiri.