Bagaimana bisa aku jadi yang paling Engkau cintai?
Engkau pandang
Engkau beri perhatian
Walau cuba aku meraih perhatianMu
Kerana tangan yang diangkat berdoa
Disalut maksiat pekat
Kerana suara yang lirih merintih
Samar-samar dek lagha dan kelekaan
Tak mengapa andai aku bukan yang paling Engkau cintai
Tapi biar Engkau yang paling aku cintai
Yang aku.. Rayu. Harap. Rintih.
Tak mengapa andai doaku tak didengari
Asal Engkau beri aku rezki, untuk selalu berdoa padaMu