Saat seorang ukhti, yang dilahirkan dalam keluarga ikhwah akhawat berbicara,
"*** dah taknak join usrah. Selama ni dia join sebab mak dia suruh je. Dia kata tak sabar nak keluar sekolah nak bebas dari usrah-usrah ni. Tahu2 nama dah kena forward, xboleh lari dah. Bila fly pun sama. Setiap kali nak pergi usrah stress"
Saat seorang ikhwah, yang suatu masa dahulu merupakan YDP di kawasanmu, melontarkan,
"Just to clarify, I'm no longer part of ****M"
Kita makin kenal,
Tabiat jalan ini.
Jalan thabat.
Kalau bahkan YDP engkau sendiri bisa bicara yang seperti itu, kita makin tahu, keberadaan kita di atas jalan dakwah ni, kita sandarkan cuma pada Allah.
Pada Allah cuma.
Feeling demotivated,
mungkin bukan kerana terkejut,
atau merasa goyah...
Tapi kerana,
mereka ikhwah akhawat yang dicinta.
Thursday, April 14, 2016
Monday, April 11, 2016
Al-Birr.
Aku kira ini bukan escapisme.
A retreat instead.
Menerima kata-kata yang dirasakan pedih dan mencucuk. Kasar dan tak mengenal belas. Sakit. Nak membalas pun, terlalu penat untuk itu. Bila simpan sendiri, kadang aku cuma perlu beberapa saat pejaman mata untuk beritahu hati, sakit.
Tinggal beberapa depa cuma ke rumah sewaan. Aku decide untuk solat di surau berdekatan instead. Menanti sang muazzin melaungkan iqamat, aku teruskan hafazan.
Lidah dilantun-lantun seiring gerak anak mata. Hati.. menerawang. Hingga ia teringat kembali kepedihannya. Serentak itu lidah sedang tepat melantun baris kalamNya berbunyi
"Dan orang-orang yang bersabar pada kemelaratan, penderitaan dan ketika waktu perang..."
Lemah.
"Mereka itulah orang-orang yang benar.."
Kelajuan bacaan makin perlahan, perlahan.. Aku bukan orang itu ya Allah..
"Dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa"
Jauh.
Pujukan paling lembut. Terhadap keserabutan ini. Minda, hati, nurani.
Aku biar masa berlalu, dan aku mengulang lagi muka surat yang sama. Tiap kali hati mengingati apa yang menyakitinya, tiap kali itu lidah sedang mengulang ayat yang sama itu. Tentang para penyabar itu.
Allah, mengajar aku tentang al-Birr.

Subscribe to:
Comments (Atom)