Wednesday, July 15, 2015
Perbanyakkan niatmu, ia percuma.
Usah gusar meniatkan kebaikan,
harganya percuma, karunianya berjuta.
Niatkan,
Moga Allah sampaikan dengan cara Dia.
xxxxxx
Alhamdulillah.
Summer kali ini, besar ertinya.
kalau summer pertama tahun lepas,
tak tahu nak mindset apa.
tak tahu nak expect apa.
Tak tahu. Besar rupanya impaknya!
I didn't know how bad jetlag can do to me
Maka tahun lepas, berminggu-minggulah nak buang jetlag. melampau betul.
Bangun tengahari, pastu benci diri sendiri.
Nak giveup je rasa.
I didn't know, kerja DnT lagi banyak rupanya kat malaysia. #jujur
Cater kolper, uskab, program summer, PJJ dengan anak usrah, perancangan lokaliti untuk tahun seterusnya, tarbiyah sendiri
And they all happen, while you have commitment with family, mom's expectation with chores, weddings, family events, old friends' catching up events, etc.
*semput*
And alhamdulillah.
Yang penting usaha improve next time.
Menyedari apa yang menanti di Malaysia,
Dah set siap2, apa nak buat,
Apa taktik *muahahaha*
#1
Masih lagi gerun nak lawan jetlag,
Tapi masih set niat dan doa.
Dan biiznillah,
Touch down malaysia jumaat
Sabtu pergi johor ambik adik
Ahad ikut umi pergi surau
dan seterusnya.
Malam susah nak tidur,
Tapi pejam je mata sampai bosan.
Anddd, alhamdulillah.
At least I beat my last year's record!
#2
Mengetahui di malaysia, sangat banyak program dan urusan yang akan menuntut untuk keluar rumah, aku dah set, nak spend time dengan umi di rumah, nak langsaikan chores se-effective mungkin etc.
And biiznillah,
Ada maid pula kat rumah, sebab perlukan orang tengokkan wan
Walaupun masih je basuh pinggan mop lantai sapu sampah siang ikan
Tapi, banyak sebenarnya kerja2 rumah yang diringankan dengan kewujudan maid.
So, agak mudah kalau aku kena keluar rumah awal pagi.
Kalau tahun lepas, mood umi untuk izinkan keluar dipengaruhi kain dah sidai ke belum, cawan pinggan dah susun, lantai dah sapu etc.
Terus terdetik, mungkin Allah tahu aku nak bersungguh untuk DnT summer ni jadi Dia mudahkan sobsob.
Saat aku dah mindset, bersedia, dan rela perlu panjang tangan buat kerja2 domestik di rumah dengan lebih laju, kalau nak keluar untuk dakwah dan tarbiyah. Rupanya Allah mahu mudahkan lebih lagi.
. . . . .
Tak pernah menyangka pun akan mampu.
Walau dulu, berniat, dalam keadaan yakin akan fail.
Perbanyakkan niatmu, ia percuma.
Nanti biar Allah yang membuka pintu2 karunia.
Wednesday, July 8, 2015
#jiwadaie
Murabbi.
Kemurabbian
Menggoncang seluruh aspek kehidupan
Menggoncang jiwa kita
Segala rasa
Ada
Engkau mencintai dia
Sepenuh hati
Ingin ke syurga bersamanya
Kadang ujiannya kecil
Di-unfriend, di-block,
Tapi jiwa daie harus besar
Lebih besar dari ujian2 yang dihadapi
Cuma kadangkala
Ia menjadi sakit
Kerana engkau
mencintainya
Di mana hendak dicurah perasaan ini ya rabb?
Siapa yang menjaga hati para daie
Bila dia sentiasa menjaga perasaan mad’unya
Where do i pour my heart out O Rabb?
I dont wanna give up
But my heart tells no lie
It still wants to give its best
But put her in the darkness of night
it wants to cry hard
To gain strength to smile again
And face, maybe rejection again.
Siapa yang mengesat air mata para daie
Bila hatinya dicalari
Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu. Bahkan di saat lelapmu. isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umah yang kau cintai. Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedut kekuatan pada diri. Hingga tulang belulangmu. Daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari. (KH Rahmat Abdullah)
Kerahiban
Indahnya tarawih
Indahnya menahan lapar di siang hari
Indahnya menelusuri kisah dan cerita dari kalam Tuhan
Indahnya beruzlah dengan Dia.
Indahnya, ramadhan.
Kalau ikutkan jiwa
Indahnya kalau selamanya dapat bersendirian dengan Dia
Mengubat kegelisahan yang tak pernah berakhir bila berhadapan dengan dunia
Merehatkan diri, dari dosa yang teruss mengalir, dalam sedar atau tidak.
Mendapatkan ubat, untuk jiwa yang sakit, atau disakiti.
Tapi.
Alangkan sang nabi menolak tawaran Malaikat
Untuk tetap tinggal di langit yang suci
Padahal, pasti jauh lebih indah, bertemu rabb saat dunia membuangnya.
Kerana baginda tahu, dia di situ hanya untuk mengambil bekal
buat melaksana tugas di bumi, yang mungkin saja mengusirnya.
“Mereka sangka agama itu adalah uzlah dan pertapaan
dan asyik dalam wirid dan zikir
Anehnya kulihat mereka beriman dengan sebahagian
Kelihatan hati mereka kufur dengan sebahagian lagi”
-Muntalaq
Subscribe to:
Comments (Atom)